KEJADIAN BERBAGAI
LASTIK
Mengimbau kembali kenangan semasa zaman kanak-kanak di mana aktiviti melastik burung,tupai dan apa sahaja objek yang menjadi sasaran berhemah.Adakalanya semangat dan stretagi diatur lebih awal maka pada sebelah petang sudah mencari batu sungai yang secocok[ngam] dengan kuasa lastik.Kuasa dan kekuatan lastik bergantung kepada saiz getah yang digunakan.Keluar mencari tempat atau lokasi berdasarkan keadaan pokok yang rendang,ada buah-buah sebagai makanan dan terikan butung dan tupai.Keadaan terpusing-pusing,ke hadapan dan ke belakang malah ada yang sanggup panjat pokok,bertenggek,berpaut dahan dan tidak kurang yang membuat pelantar untuk mengintai dan ingin berada pada jarak terdekat pada sasaran.Hasil lastikan akan dibawa pulang dan biasanya di tunu atau dibakar sahaja untuk dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk.Nama-nama rakan seperti Wagimin Maidin,Jabidin Nibin,James Gubin,Musilin Gubin,Justin Gubin adalah rakan selastik yang akrab.Saya juga pernah menyertai operasi melastik secara besar-besaran yang dilakukan oleh orang tua dangan jumlah pelastik yang ramai,seekor tupai akan jatuh dalam beberapa saat kerana batu lastik meluru seumpama hujan.Keseronokan itu masih segar dalam kenangan benak ingatan sehingga kini walaupun sudah berumur 47 tahun sedangkan apa yang berlalu itu lebih 35 tahun lampau.

JERAT DEPAN
Aktiviti menjerat burung seperti burung keruak dan punai tanah adalah menjadi rutin yang dilakukan di tepi-tepi parit,di kawasan tanaman padi sawah dan di mana sahaja ada lorong dan laluan burung berkenaan.Saya dengan saudara Jabidin Nibin adalah orang yang suka memasang jerat sehingga ada 20 muka jerat yang dipantau seawal pagi dan setiap petang.Jika ada hasil jeratan sehingga 5 ekor,maka hati pun senang ada tambahan buat lauk.Burung keruak dan punai tanah memang mempunyai rasa daging yang amat lazat.Masa cutilah aktiviti ini rancak dan berterusan,barulah saya sedar bahawa pengisian masa lapang pada masa itu tidaklah orang kata melepak begitu sahaja.Hasil tangkapan juga tidak disia-siakan semuanya dianggap rezeki halal.
DIUKIR ATAU SEMULAJADI
SAMPAI BEGINI?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KITA FIKIR SENDIRI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan